Kaef Qaisy bergegas menghidupkan enjin keretanya lalu dipandu laju menyelusuri jalan menuju ke surau universitinya. Biasanya, dia akan bejalan kaki sahaja tapi kali ini dia terlewat. Waktu Zohor tinggal
Kuat sekali decit tayar kereta MyVi berwarna keemasan itu. Seorang gadis jatuh terjelepok di atas jalan. Bibirnya digetap menahan rasa pedih pada bahagian kaki. Kaef Qaisy yang tadinya tergesa-gesa keluar kini tertegun dengan apa yang menghiasi pandangannya. Cantik! Gadis bertudung labuh itu tersangat cantik!
Perlahan-lahan gadis itu bangun lalu mencapai begnya. Wajah Kaef Qaisy dipandangnya sekilas. Dengan langkah yang terhincut-hincut, dia berlalu pergi. Kaef Qaisy mula tersedar daripada angannya apabila kelibat gadis itu tidak lagi kelihatan.
“Ah, tujuh minit!”
Mujurlah Surau Al-Asr hanya beberapa puluh langkah sahaja. Cepat-cepat kereta itu dipandu memasuki perkarangan surau tersebut.
Usai solat Zohor yang kemudian diteruskan dengan solat Asar berjemaah, Kaef Qaisy termangu di satu sudut surau. Mindanya kembali semula kepada insiden yang baru berlaku. Menyesal juga rasanya kerana tidak memohon maaf. Sebenarnya, gadis itu terjatuh dengan sendirinya kerana terkejut bukanlah kerana dilanggar oleh Kaef Qaisy.
“Allah… Kenapa pantas sekali detak hati ini bila terbayang wajahnya?”
Dadanya digosok-gosok,
~
“Ya ukhti, kenapa dengan kaki ukhti?” Soal Qaira sebaik sahaja menjawab salam Zulaikha.
Zulaikha tidak terus menjawab sebaliknya hanya tersenyum dalam kesakitan. Qaira menanti jawapan dengan penuh sabar sambil memimpin Zulaikha ke katilnya. Lama gadis yang muda setahun daripada Zulaikha itu menatap gerak-gerinya.
“Tadi, ana terjatuh…terkejut kerana ada kereta memecut laju.”
“Dilanggar?” Kaget wajah Qaira.
“La, hampir sahaja. Qaira ada first aid kit bukan?”
“Sebentar ya…”
Tanpa dipinta, Qaira menyapu minyak pada bahagian buku lali Zulaikha tapi tidak mengurutnya kerana sudah lebam. Zulaikha pula hanya memerhatikan kerana Qaira sememangnya arif dalam hal ini.
“Ukhti tahu siapa orangnya?”
Sekali lagi gadis berusia dua puluh dua tahun itu tersenyum kecil. Qaira menggeleng-gelengkan kepala sambil mengerutkan dahi tanda hairan. Zulaikha masih lagi kelihatan tenang biarpun kecederaannya teruk sekali.
“Syukran jazilan…Qaira, waktu Maghrib dah hampir ni, pergilah ke surau. Tolong sampaikan mohon maaf kepada yang lain bagi pihak ana kerana nampaknya ana tidak mampu hadir usrah nanti.”
“Baiklah, ukhti.”
Qaira tidak membantah kata-kata Zulaikha yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya itu. Hanya kepada Zulaikha dia sering berkongsi kisah selain meluahkannya kepada Yang Maha Mendengar. Tambahan pula, Qaira adalah anak perempuan tunggal dalam keluarganya. Ibunya pula sudah lama pergi. Hanya ada ayahnya dan abangnya.
Nota kuliahnya siang tadi terbentang luas di atas meja namun Zulaikha lebih tertarik dengan ruangan kosong di celah-celah perkataan. Terganggu fokusnya malam ini. Nyanyain rancak telefon bimbit membantutkan lamunannya.
“Assalamualaikum, Zu. Sibuk?”
“Waalaikumussalam, ibu. Zu tak sibuk.
“Siang tadi …”
Kata-kata ibunya tenggelam timbul si telinga gadis itu. Satu perkataan yang sampai ke telinganya. Dia kembali semual ke alam nyata. Tiada kata yang mampu terlafaz olehnya.
“Zulaikha?”
Satu persatu wajah singgah di kotak fikiran gadis muda itu. Wajah Abang Long dan kakak iparnya, wajah adik-adiknya, Firdaus dan Zafyra, dan sudah pasti wajah kedua orang tuanya. Tidakkah ada yang akan kecewa jika dia membantah nanti?
“Zu ikut sahaja keputusan ibu.”
“Benarkah? Alhamdulillah!! Hujung minggu ni Zulaikha tak ada kelas
“Ya, nanti Zulaikha balik. Sampaikan salam Zu pada semua ya, ibu.” Jawab Zulaikha seakan mengerti maksud ibunya.
Perbualan dihentikan. Nota di atas meja dibiarkan sahaja. Zulaikha terdampar lemah di atas pembaringan. Hatinya bertambah gusar sehingga tidak menyedari kepulangan Qaira.
* * *
“Assalamualaiki, Qaira.”
“Waalaikassalam, Akhi Kaef! Limaza?”
“Sabtu ni kena balik rumah, Abi pergi ke Johor.
“La. Akhi balik sendiri la nampaknya. Qaira ada kuliah akaun. Aasef!”
“Tak mengapa. Boleh juga akhi siapkan tesis di rumah nanti.”
“Buat baik-baik ya…”
“Insya-Allah!”
Setelah bersalaman dengan abangnya, Qaira terus menuju ke bilik kuliah. Kaef Qaisy pula mengambil keputusan untuk menjelajahi seluruh kampus dengan berjalan kaki sebelum kembali ke hostel. Teringin juga dia menikmati alam ciptaan Ilahi.
“Kaef! Assalamualaika!” Sapa Amir, teman kuliahnya.
“Waalaikassalam!
“Anta menuju ke mana?”
“Saja ambil angin sebelum kembali ke hostel. Kenapa?”
“Boleh ana turut serta?”
“Semestinya!”
Jauh perjalanan tidak terasa kerana mereka begitu rancak berbicara, mengenang kembali saat awal mereka menjejakkan kaki ke universiti ini dahulu, kemanisan perjuangan mereka membantu pelajar Islam tanah air mereka yang lain.
“Tak sangka, lusa dah masuk bulan Ramadhan. Anta ikut tak kem penghayatan bulan Ramadhan tu?” Soal Amir.
“Insya-Allah! Ingin benar rasa hati ini untuk turut serta tapi semuanya bergantung dengan tesis ana.”
“All the best untuk tesis anta itu. Dah tiba masanya ana pergi. Jangan lupa ke surau nanti. Assalamualaika!” Riang sekali wajah Amir
“Insya-Allah, waalakassalam!”
Kopiah yang sejak tadi menutup kepalanya diletakkan di atas meja. Badan yang letih dibaringkan di atas tilam yang empuk. Baru sahaja Kaef Qaisy ingin mencuri-curi peluang untuk tidur, Fariq tergesa-gesa masuk bagaikan dikejar ombak tsunami. Pucat sekali wajahnya.
“Kenapa anta ni?”
“Maaf kerana masuk tanpa salam tapi ada berita mengejutkan buat anta. Amir…Amir sudah meninggal!”
“Astaghfirullahalazim! Anta biar betul, baru tadi ana berjalan-jalan dengannya.”
“Siapa yang biar betul? Jenazah dah pun dikafankan, cuma tunggu keluarga dia datang sahaja.”
Lemah lututnya tatkala menyaksikan sekujur tubuh yang sudah dibaluti kain putih. Pandangannya kian kabur namun matanya langsung tidak berkerdip. Kaef Qaisy bagaikan berhalusinasi. Baru sahaja dia berbicara dengan Amir, bagaimana ini boleh terjadi?
Bahu Kaef Qaisy ditepuk agar dia turut serta dalam solat jenazah. Lelaki itu bangkit juga walaupun mindanya kini kosong. Solatnya tidak khusyuk kerana matanya tidak mampu dialihkan dari tubuh jenazah itu.
“Kaef, benarkah anta ada berbicara dengannya tadi?” Soal Fariq.
“Na’am, selepas Asar, ana berjumpa dengannya. Dia yang temankan ana ke hostel. Cuma ana agak pelik.”
“Kenapa?”
“Dia selalunya akan bersalaman dan memeluk ana setiap kali bertemu atau berpisah tetapi tidak kali ini. Dan dia ada kata sesuatu.”
Kaef Qaisy teringat kembali kata-kata arwah Amir tadi. Umpama petanda yang tersembunyi. Petanda bahawa dia tidak lagi punyai masa untuk hidup di bumi Allah ini.
“...ana telah mengecewakan orang tua ana. Ana yang diharapkan untuk mengubah kehidupan tetapi ana tidak sempat melakukannya, ana rasa bersalah. Kaef, tolong ana jaga keluarga ana…”
Air mata lelakinya mengalir jua akhirnya. Dia mengerti tentang betapa susahnya kehidupan Amir sehingga terpaksa menjual tanah untuk dia melanjutkan pelajaran. Tiba-tiba Kaef Qaisy terdengar satu tangisan yang meruntum jiwanya. Cepat-cepat Kaef Qaisy menghampiri sepasang suami isteri yang sudah setengah abad itu.
“Assalamualaikum, makcik, pakcik.”
“Waalaikumussalam, nak.” Bergetar suara Pak Karmin yang memang mengenali anak muda itu.
“Takziah. Cuma, maaf kerana Kaef ingin berkata mak cik, tidak eloklah kiranya mak cik menangis begini di hadapan jenazah. Bimbang nanti rohnya tidak tenteram. Maaf sekali lagi.” Lemah lembut suaranya.
“Kaef, bagaimana ini terjadi?” Soal Mak Diah sambil mengesat air matanya.
“Maaf, mak cik. Saya sendiri tidak tahu. Cuma, arwah sempat berpesan kepada ana agar menjaga keluarganya. Saya pasti dia ingin memohon maaf kepada mak cik dan pak cik kerana tidak sempat menamatkan pengajiannya. Moga mak cik dan pak cik meredhakan pemergiannya.”
Pak Karmin mendakap tubuh tinggi Kaef Qaisy, melepaskan kesayuan yang terbuku dihatinya. Sememangnya Kaef Qaisy sudah begitu akrab dengan keluarga arwah Amir kerana sering menghabiskan cuti di kampung sahabatnya itu.
Usai solat Maghrib, seluruh umat Islam universiti itu menghadiahkan surah Yaasin buat seorang pejuang Islam yang disegani di universiti tersebut. Pemergiannya benar-benar berat untuk dilepaskan. Jenazah telah dibawa kembali ke kampungnya yang tidak jauh dari situ. Kaef Qaisy turut serta dengan pengebumian itu sebagai penghormatan terakhir buat sahabat karibnya.
* * *

No comments:
Post a Comment