Tercungap-cungap Zulaikha menarik nafas. Peluh merembes didahinya. Sejurus itu, Zafyra masuk untuk mengejutkan kakaknya bagi menunaikan solat Subuh. Terbelalak mata Zulaikha memandang adiknya akibat terkejut.
“Kenapa kak?”
“Tak, kakak mimpi buruk.”
“Emm.. Jomlah solat Subuh, abah dah tunggu tu.”
Cepat-cepat Zulaikha masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhuk. Jantungnya masih lagi pantas berdetak. Mimpi tadi seakan-akan terjadi. Gadis itu hanya menghela berat nafasnya. Hari ini, hari pernikahannya, tiada apa yang akan terjadi kerana dia yakin bahawa Kaef Qaisy adalah jodohnya.
Hantaran yang sudah tersusun di satu sudut menambahkan debaran di hati Zulaikha. Sesekali dia membelek-belek jarinya yang sudah berinai. Dia langsung tidak menyedari Firdaus sedang tersengih-sengih memerhatikan tingkah lakunya.
“Kompang dipalu, pengantin baru, duduk bersanding, tersipu malu…ewah!”
“Firdaus… Suka tau!”
“Seronok la, kak! Lepas ni Firdaus pulak
“Wah! Dah ada calon?”
“Ermm…mungkin.”
“Kenapa tak sekali?
“
Wajah Firdaus direnungnya dalam-dalam. Lidahnya seakan kelu untuk terus berbicara. Sejujurnya, dia faham maksud adik lelakinya itu. Dia turut merasakannya. Berulang kali dia beristighfar agar bisikan syaitan tidak menghantuinya.
Seluruh isi rumah mula kecoh apabila bakal pengantin lelaki tiba. Mak Ngah sudah bersedia di hadapan pintu untuk berpantun. Hanya sekadar adat. Setelah puas berbalas pantun, rombongan Kaef Qaisy dibenarkan masuk. Sempat dia menjeling bakal isterinya. Tidak ada tolok bandingnya kecantikan gadis itu apatah lagi apabila menggunakan alat solek.
Berwalikan bapanya, Zulaikha dinikahi dengan mas kahwin sebuah al-Quran. Dengan hantaran tujuh dulang berbalas sembilan. Lafaz ijab bagaikan lama sekali untuk habis diungkapkan. Sesaat pula seakan-akan seminit.
“Aku terima nikahnya Zulaikha binti Wahab dengan mas kahwin sebuah al-Quran.”
“Sah?”
“Sah!”
Zulaikha terpandang ke arah pintu utama setelah kedengaran kekecohan dari luar. Kaef Qaisy terdorong ke belakang kerana ada sesuatu yang terasa singgah di dadanya. Semua yang ada di dalam rumah tersebut menjerit bagaikan histeria. Zulaikha tergamam menyaksikan darah yang kian membasahi tubuh suaminya.
“Zulaikha, aku tak boleh lepaskan kau kepada lelaki lain!” Bentak Saiful.
Bagaikan mimpinya tadi, semua yang terjadi tiada bezanya. Dejavu! Tangan Zafyra digoncang lemah, dia
Lemah langkah Zulaikha menghampiri Kaef Qaisy. Matanya sudah berkaca-kaca. Kaef Qaisy sempat mengesat airmata gadis yang sudah menjadi isterinya. Digenggamnya erat tangan Zulaikha. Senyuman yang diukir menambahkan lagi sebak di hati Zulaikha.
“Syawal ini sepatutnya bulan yang terindah untuk anti dan ana. Anti jangan menangis. Jika di dunia ini kita tidak mampu bersama, ana tunggu anti di syurga. Insya-Allah!”
“Kaef…bertahanlah untuk ana.”
“Ana sayang anti, anti adalah anugerah Allah yang terindah buat ana. Allahuakbar!”
Saat mata Kaef Qaisy sudah hampir tertutup, airmata Zulaikha semakin bercucuran jatuh sehingga ada yang membasahi wajah Kaef Qaisy. Lelaki itu sudah terbaring tanpa kata di atas ribaannya. Zulaikha sempat menoleh ke arah Saiful yang sudah digari oleh pihak polis yang mengejarnya tadi. Saiful tersenyum sinis, mengundang kebencian kepada sesiapa yang memandang.
Serta-merta dengan itu, Zulaikha turut rebah bersama suaminya yang sudah terkulai layu di atas ribaan. Suasana di dalam rumah itu kembali riuh, cemas! Namun tiada siapa yang tahu harus melakukan apa.
~
Tubuh yang masih lemah itu tetap digagahi untuk menuju wad jagaan rapi. Berkali-kali Firdaus memujuk kakaknya agar berehat terlebih dahulu namun langsung tidak diendahkan Zulaikha. Dia lebih bimbangkan Kaef Qaisy. Dia kesal kerana Kaef Qaisy sering mendapat kesusahan akibat tindakan Saiful. Semua itu berpunca daripada dirinya sendiri.
Lama wajah Kaef Qaisy yang pucat itu ditatap. Berbeza sekali raut wajahnya. Masih tenang tapi kelihatan tidak bermaya. Airmata Zulaikha mengalir lagi. Digenggamnya erat tangan Kaef Qaisy.
“Zulaikha…” Berulang kali suara itu memanggil.
Zulaikha tersedar. Matanya tepat memandang wajah kekasih hatinya. Gembira sekali rasa hati. Cuma, di manakah tempat ini? Seakan luas tapi putih seluruhnya. Zulaikha menghampiri Kaef Qaisy. Lembut sentuhan pada tangannya. Aman sekali genggaman Kaef Qaisy itu.
“Zulaikha… Tak sangka Allah pertemukan kita disini.”
“Di mana ini?”
“Ana sendiri tidak tahu.”
“Bagaimana kita boleh berada di sini?”
“Entahlah…ana terlalu ingin bertemu dengan anti…dan ana terus tiba di sini, dan anti di hadapan ana.”
“…”
“Kenapa?”
“Zu…Zu nak minta maaf. Seringkali sahaja anta mendapat susah disebabkan ana.”
“Sayang… Ana rela terbeban sebegini jika anti adalah hadiah Allah atas dugaan yang menimpa ana.”
Perlahan-lahan Kaef Qaisy merapati Zulaikha lalu didakap lembut tubuh isterinya itu. Terasa damai sekali. Bagai tidak ingin dilepaskan pergi. Kaef Qaisy mengucup dahi Zulaikha. Kehangatan nafasya perlahan-lahan beralih, menyentuh lembut pipi gadis itu. Waktu seakan-akan berhenti tatkala rasa hati mereka terungkap di bibir.
“Kak, bangun… Waktu Asar dah nak habis ni.”
“Fir… Kakak jumpa abang Kaef!”
“Kak, tengok tu. Abang Kaef belum bangun pun dari tadi. Mungkin kakak mimpi. Sudahlah, jom solat.”
Dalam keadaan terpinga-pinga, Zulaikha bangun sambil dipimpin oleh Firdaus untuk ke ruang solat. Dia tahu, dia tidak bermimpi! Dia masih dapat rasakan betapa hangat pelukan Kaef Qaisy. Mana mungkin itu hanya mimpi!
Dua minggu berlalu…
Zulaikha tunduk, menyelindungi kesayuan yang terekspresi pada wajahnya. Doktor Hafsyam sendiri tidak tahu bagaimana dia mampu menerangkan keadaan Kaef Qaisy saat ini. Tembakan Saiful tepat mengenai jantungnya tapi keadaan berjaya di kawal. Cuma ketika itu pernafasan Kaef Qaisy telah terhenti lebih daripada
“Kalau dia sedar?”
“Mungkin dia akan hilang ingatan.”
“Tapi, saya menemuinya, doktor. Dia masih ingat kepada saya.”
“Itu mungkin hanya ilusi. Atau Puan Zulaikha menggunakan telepati?”
“Telepati?”
Sejurus itu, Zulaikha kembali terimbau saat setiap kali dia bertemu dengan Kaef Qaisy di satu alam putih yang tidak dia ketahui. Itukah telepati? Berjumpa dengan suaminya dalam keadaan yang dia sendiri tidak tahu bagaimana boleh terjadi.
Lambat-lambat dia membuka langkahnya. Betapa seksanya dia rasakan saat ini atas musibah yang menimpa dirinya. Namun, dia tidak menyalahkan takdir. Zulaikha tidak berhenti berdoa dan memohon kepada Al Khaliq agar suaminya tersedar semula. Dia redha dengan segala apa yang terjadi.
Qaira menggenggam erat tangan kakak iparnya. Seakan
“Qaira percaya Akhi Kaef tidak akan bangun semula?”
“Ukhti, kenapa tanya begitu?”
“Ukhti tahu, semua orang sudah berputus asa. Semua orang kata dia takkan kembali. Tapi Qaira, dia janji kepada ukhti, dia akan bangun semula. Bukankah Akhi Kaef tidak memungkiri janjinya?”
Qaira hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu apa yang dia perkatakan menyakiti hati Zulaikha. Dia takut Zulaikha tidak lagi tabah menempuhi segalanya. Zulaikha tunduk memandang jam di tangannya yang menunjukkan pukul 1.30 petang. Dia beristighfar lalu bergegas pergi, meninggalkan Qaira untuk menjaga Kaef Qaisy. Kuliahnya akan bermula dalam setengah jam sahaja lagi.
~

No comments:
Post a Comment